KENAPA ANDA PERLU “Minum air secukupnya” ???
Tubuh manusia terdiri dari majoriti air. Lebih kurang 60 % hingga 70% berat badan manusia terdiri dari air. Oleh itu air merupakan komponen terbesar dan terpenting dalam tubuh manusia.
Air bukan sekadar menghilangkan kehausan apabila dahaga, malah merupakan komponen utama yang memastikan setiap sistem dalam badan berfungsi.
Antara fungsi utama air ialah :
- menyahkan toksin dari organ-organ penting
- membawa nutrien & oksigen dalam darah kepada sel-sel dalam tubuh
- menghadam makanan dan menghindar sembelit
- menyediakan persekitaran lembab dan berair pada paru-paru, telinga, hidung dan mulut.
- menjadi ejen pelembab kulit
-mengawal suhu badan
- mengeluarkan sisa dari badan melalui tahi dan air kencing
- menjadi pelincir dan pelapit untuk sendi-sendi
Kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar sedikit boleh mengakibatkan seseorang jadi tidak bermaya.
Kajian menunjukkan kehilangan air sebanyak 1% dari berat badan akan mengurangkan daya bekerja sebanyak 10%.
Kekurangan air akan menyebabkan sistem dalam badan berfungsi tidak seimbang yang membawa kepada pelbagai penyakit.
MINUM AIR KOSONG SEKURANG-KURANGNYA 8 GELAS SEHARI UNTUK KEKAL SIHAT, CANTIK DAN BERTENAGA :)
credit to eazy (treenea2u)
Health & Beauty with Treenea
Wednesday, May 8, 2013
TREENEA VCOA UNTUK KESUBURAN & HUBUNGAN SUAMI ISTERI
APA KAITAN TREENEA VCOA DENGAN PERKAHWINAN???
JOM BACA :)
TREENEA VCOA UNTUK KESUBURAN & HUBUNGAN SUAMI ISTERI:
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
- Bahan pelincir semulajadi dalam hubungan suami isteri.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan mengatasi masalah monopus di kalangan kaum wanita.
- Membunuh kulat, bakteria dan merawat masalah keputihan.
- Melancarkan kitaran haid & hormon wanita.
* Pengambilan TREENEA VCOA SANGAT DIGALAKKAN bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat.
FOR MORE INFO : www.treenea2u.com
credit to eazy (treenea2u)
KEBAIKAN VCO KEPADA IBU MENGANDUNG & IBU YANG MENYUSUKAN
KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU MENGANDUNG &
DAN MANFAAT BAGI IBU YANG MENYUSUKAN?
Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda.
Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (MCFA) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
PENGAMBILAN & PEMAKANAN MINYAK KELAPA DARA JUGA :
Membantu memudahkan mereka melahirkan anak DAN
dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.
Minyak Kelapa Dara juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihata).
Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa.
Minyak Kelapa Dara ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit, juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana Minyak Kelapa Dara ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda.
credit to eazy (treenea2u)
MANFAAT MINYAK KELAPA DARA/ TREENEA VCOA
Antara manfaat-manfaat Minyak Kelapa Dara:
Masalah Resdung 
Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.
Masalah Tiroid 
Minyak kelapa boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.
Penjagaan Rambut 
Minyak kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimumur. Minyak kelapa dara disapu untuk rawatan rambut.
Penjagaan Kulit 
Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit. Oleh kerana itu minyak kelapa bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dll, digunakan untuk rawatan kulit.
Melewatkan proses Penuaan 
Minyak kelapa membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi.
Penyakit Jantung 
Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, Minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung. Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam Minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. Itu tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.
Masalah Berat Badan 
Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badann. Mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka. Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan.
Untuk Pencernaan 
Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.
Sistem imun atau Kekebalan tubuh 
Minyak kelapa amat baik untuk sistem kekebalan tubuh. Membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia.
Penyembuhan secara semulajadi 
Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak. Masalah Jangkitan minyak kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus, dan antibakteria. Menurut sebuah Pusat Penyelidikan , Minyak kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia, dan gonore. Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin.
Mencegah masalah Hati 
Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.
Kencing Manis atau Diabetes 
Minyak kelapa membantu dalam mengawal kandungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.
Untuk Tulang 
Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.
Penjagaan Gigi 
Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak kelapa dapat membantu masalah kerosakan gigi.
Untuk Kesihatan 
Minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit.
Tuesday, February 26, 2013
Pengambilan TREENEA VCO sewaktu Mengandung, Berpantang dan Menyusukan
TREENEA VCO : MINYAK KELAPA DARA
Pengambilan sewaktu Mengandung, Berpantang, Menyusukan (BF)
Apa kelebihan PENGAMBILAN VCO?
VCO atau minyak kelapa dara merupakan minyak no 1 terbaik di dunia. Terdiri daripada asid laurik yang kandungan nya lebih kurang sama seperti susu ibu. TREENEA VCO diproses 100 % asli tanpa bahan pengawet dan bahan kimia :) Jadi ianya selamat di makan / diambil seawal bayi.
Ibu mengandung, Ibu menyusu(BF) , Sedang berpantang boleh makan ke? Ade side effect x?
Jawapannye BOLEH .Tiada side effect untuk kandungan, kesihatan dan juga bayi. 100 % dari minyak kelapa dara Gred A dan ada juga few mommies yang berkongsi VCO merupakan MILK BOOSTER mereka :)
Sewaktu mengandung
VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan insyallah memudahkan bersalin (pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby. Masalah perut harimau (hehehe) atau strechmark dapat dikurangkan atau lebih baik lagi jika anda sapukan seperti bio oil (VCO sangat berbaloi sebab dapat makan dan sapu).Make a wise choice.
Sewaktu menyusukan (BF)
Makan VCO seperti biasa :) baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit yang putih bersih. sapukan VCO untuk rambut baby supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak.
Semasa Dalam Pantang
Juga amalkan VCO seperti biasa, Tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari. Badan akan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil :) dan yang penting kulit sentiasa lembab dan tidak kering :)) anda juga boleh ambil collagen sewaktu menyusukan dan dalam tempoh berpantang. Tiada masalah
PERTANYAAN MENGENAI VCOA TREENEA
BOLEH / TIDAK VCO DIMAKAN BERSAMA SUPPLEMENT LAIN?
seperti EPO,VITAMIN C,B-COMPLEX & LAIN2
jawapan eazy : BOLEH,TIADA MASALAH
kerana VCO juga merupakan supplement kesihatan yang berasaskan minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi(100%).Tetapi anda perlu minum air yang secukupnya(air suam/air kosong) bagi membantu penyerapan minyak (pure oil) tersebut.
EAZY juga turut mengambil supplement lain selain dari VCO
saiz VCO capsule adalah sangat kecil(mudah ditelan)
jika nak dibandingkan dengan capsule yang lain
kepada yang mengalami masalah jerawat naik semula/keluar selepas beberapa hari mengamalkan vco,anda tidak perlu panik, tidak perlu takut,tidak perlu risau.
kerana ia dinamakan proses DETOX/ HEALING CRISIS
teruskan pengambilan VCO sehingga jerawat itu kecut/surut(ingat)banyakkan minum air suam/air kosong.atau lebih bagus jika minum bersama JUS buah-buahan
- jgn lupa minum dengan jus atau air kosong/air suam sahaja.
- JANGAN LUPA : 2 BIJI SEHARI.
nak makan 2biji sekaligus pun boleh,tapi kalau makan lebih dari 2 biji pun tak ada masalah Ye :)
#credit to treenea2u.com#
HEALING CRISIS
SOALAN FAMOUS SELEPAS PENGAMBILAN VCO
KENAPA : Jerawat Keluar Semula?
Malah Lebih Banyak?Pening2? Muntah2?
Pernah mengalami masalah di atas??Baca hingga habis ye kalau nak faham :)) dun wory.ia bukan negative effect.ia dipanggil HEALING CRISIS / KESAN PEMULIHAN
Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun, pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.
Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, (VCO). Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.
Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kalimengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?
Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dansekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.
Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :
-sakit atau pening kepala
-ruam kulit
-demam/tak sedap badan
-bisul atau kudis
-sembelit
-cirit birit
-perut berangin
-letih atau kepenatan
-berdebar
-cepat marah
-selsema atau batuk (kahak yang banyak)
-demam
-jerawat keluar lebih banyak dari biasa
**ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara**
Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :
1.Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.
2.Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.
3.Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika prosespembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pulamemerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.
4.Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.
5.Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.
6.Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
7.Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.
8.Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.
9.Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.
DAN JANGAN LUPA.WORK OUT! ATAU BERSENAM ye :))
Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.
#credit to treenea2u.com#
Subscribe to:
Comments (Atom)


.jpg)


